Poligami || Jejakkabar.web.id - Dalam ajaran Islam, Allah SWT berfirman dalam Al-Quran Surah An-Nisa ayat 3: "Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja."
Poligami bukanlah hak mutlak untuk dimiliki sesuka hati, sebaliknya ia satu tanggungjawab besar.
Keadilan perlu dipenuhi dalam hal nafkah, tempat tinggal, masa, layanan dan kasih sayang. Jika hati atau tindakan sudah berat sebelah, bermakna ia sudah melanggar batas syariat dan akan menanggung dosa, selain menyebabkan kesedihan yang mendalam kepada isteri-isteri.
Ingatlah, kesetiaan dan keadilan adalah tiang utama rumah tangga. Tanpa kedua-duanya, kebahagiaan sukar untuk dicapai.
Editor
(Raden Oji M,. C. BJ)

Posting Komentar